Wednesday, September 19, 2012

kagum

Assalamualaikum

kita straight to the point lah senang kan. malas la pulok nak buat muqadimah panjang-panjang. kalau dah buat muqadimah tu mula la cerita bukan-bukan. haa, tengok! tak buat muqadimah pun dah panjang aku membebel. okay STOP anim!

oh, nampak tak tittle kat atas tu. kagum okayhhh! nak di jadikan cerita, kelmarin aku dengan classmate pi la library sementara nak tunggu kelas seterusnya. biasa lah rumah jauh, nak balik rumah pun tak berbaloi kalau setakat ada gap dua jam ja. 

sebaik sahaja kaki melangkah ke dalam library (cewah ayat kemain) -_-". erk! library dekat uitm nie baru je renovate. so, buat pertama kalinya aku masuk selepas direnovate. masuk je terus rasa library tu sangat luas. padahal takda ubah banyak sangat pun. tapi maybe decoration dia buatkan tempat tu nampak tak crowded sangat. 

oh, apa yang aku kagum sangat tu bila nak masuk study di dalam libry tu nampak papan tanda nie.


haaa, sekarang nak study dah kena bukak kasut. lantai sudah diganti carpet. tak tahu lah kalau dekat uitm sini baru je nak start buat semua mendalah nie. tapi kagum jugaklah. kalau tak cukup kerusi boleh la duduk atas carpet kan kan? hikhik



Uploaded with ImageShack.us

Saturday, September 15, 2012

no tittle

Assalamualaikum

Lamanya jari nie tak menaip, bukan sebab jarang online tapi sebab malas dan takda cerita yang nak dihupdatekann. eh! ini tak bermakna hari nie aku ada cerita nak hupdate. nahi kabhi nahi! ceewah berhindustan pulak krohkroh -..- 

saja ja nak tulis something at least belog nie tak berhabuk bersarang berlabah-labah hihi. nak cerita apa eh. oh, sekarang aku dah part 4 degree. cepatkan? tahun depan dah final year dah. Insha Allah. Alhamdulillah aku dah boleh terima dah kawan-kawan baru aku. tapi kawan lama tak boleh dilupakan. RINDU sangat-sangat dekat depa. sobs! *lap hingus* okay dah!
Uploaded with ImageShack.us

Sunday, April 29, 2012

love



this song special to you AKMAL ASYRAF for our 3rd anniversary. thanks for being part of my life.

assalamualaikum :)

genap tiga tahun sudah kita kenal kan. susah, senang, gembira, sedih segala macam perasaan kita dah lalui. harap dalam tempoh tiga tahun nie saya boleh memahami awak macam mana awak memahami saya, saya boleh jaga awak macam awak jaga saya, saya boleh buat awak gembira macam awak gembirakan saya dan segala macam benda lagi yang awak dah kongsi dengan saya. harap saya dapat buat benda yang sama juga untuk awak.

tempoh itu jugak macam-2 benda dah jadi dekat kita. dulu kita dekat, saya boleh kongsi ketawa, air mata dengan awak. tapi sekarang walaupun kita dah jauh kita still boleh buat benda yang sama kan. jam, jarak semua tu nombor je kan :)

saya harap hubungan nie kekal sampai bertahun-2 lamanya. mungkin sampai ke anak cucu *insya allah. saya nak cakap terima kasih dekat awak sebab awak terima saya jadi sebahagian dari hidup awak. terima kasih jugak bagi saya gembira dengan awak. rindu, sayang semua saya belajar dari awak. thanks for everything. and sorry jugak if sometimes i annoyed you *erk, speaking terabur.

Uploaded with ImageShack.us

Monday, April 2, 2012

jangan pandang-pandang

Assalamualaikum :)
tadi aku pergi Jitra layan wayang kejap. movie tu kira sesuatu entertainment yang diperlukan dalam hidup kan. nak hilangkan stress dan bebanan kerja sebagai seorang pelajar rasanya tak salah. ok dah membebel.

sinopsis
Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekad mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha kata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob.Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut.
okay sinopsis tak habis sila google ye. aku dah tengok cerita nie so aku bagi 4.5 bintang. serius lawak. biasalah ada zizan raja lawak. ada elemen hantu yang diserap sikit dalam filem nie. tapi hantu tak seram pun. filem nie sesuai lah untuk semua lapisan. cuma baby-baby jangan lah bawak pergi tengok. mengigau karang baby tu :)
Uploaded with ImageShack.us

Saturday, March 31, 2012

orang tua

assalamualaikum~~

entry nie dibuat khas untuk insan yang separuh hati aku, ada dekat dia. dan separuh hati dia ada dekat aku.


hey awak yang bertahta dekat hati aku nie, aku nak cakap selamat hari lahir buat awak. cepat je kan awak dah umur 22 tahun. layak membuat pilihan masa depan negara dah. aku kenal awak dah 3 tahun since kita sama-sama belajar di arau dulu. sumpah aku rindu semua kenangan itu.

awak, be a good boy. jangan nakal-nakal. terima kasih sebab awak bagi kita kongsi suka duka dengan awak sejak umur awak 19 tahun lagi. sejak badan awak besar batang pokok kelapa sampai sekarang dah jadi batang pokok jati.

harap umur awak dipanjangkan lagi dan awak sentiasa dimurahkan rezeki eh :) tahun nie saya tak dapat nak sambut hari lahir awak. tapi awak jangan sedih, saya dekat sini sentiasa ingat awak. awak jaga diri dekat sana nahh. miss you! hope your birthday as awesome as YOU are and all your birthday wishes come true.
AKMAL ASYRAF BIN YAHYA

p/s : love you with all my heart
Uploaded with ImageShack.us

Saturday, March 24, 2012

satu nombor

assalamualaikum :)

pos malaysia kenalkan satu rumah satu nombor satu peti surat. mudahkan kerja mereka. rumah aku dah ada satu nombor. haritu datang paku nombor dekat dinding rumah kalau nak peti sila beli. aku ingat pos malaysia murah hati nak sediakan peti.

apa guna rumah ada nombor takda peti. ayah terpaksa beli peti. kalau surat still tak sampai aku nak ngadu dekat pejabat pos. pandai betul guna taktik nak lariskan peti merah tu.


ini nombor rumah aku. nombor rumah korang apa? ini nombor rumah kesayangan. tempat berteduh aku sekeluarga. 
Uploaded with ImageShack.us

Friday, March 23, 2012

rasa ini

assalamualaikum~~

selepas 3 minggu jadi pelajar ijazah arau aku dapat biasakan diri. alhamdulillah :)walaupun kadang-kadang memori 3 tahun diploma menjengah akal terus dipadam. bukan tak sayang jauh sekali nak dilupakan tapi aku  kena kuat terima hakikat :)

3 minggu berturut-turut buat benda yang sama pergi kelas, balik kelas. terasa sangat bosan tapi kena teruskan. aku kuatkan hati cekalkan minda nak habiskan sisa 2 tahun pengajian. susah cari kawan baru, berjalan sorang itu mungkin jadi alasan terbesar aku. kawan diploma tiada tandingan. 3 tahun sama-sama sekarang dah boleh golek-golek rindu dekat hampa semua. lumrah hidup.

Uploaded with ImageShack.us

Sunday, March 18, 2012

main kau!

assalamualaikum~~

sejak dua menjak nie cik tembam malas ah nak update cerita terbaru cik tembam. lagipun sekarang buzy sikit lepas bergelar pelajar semula. tak lambat lagi kan kalau cik tembam nak wish best of luck kepada semua kawan cik tembam yang berjaya futher study. :) buat yang terbaik ye kawan2! miss all of youu :')

oh, hari nie cik tembam merajinkan diri memerah otak cari isi kandungan entry kali nie. HAHA takda apa pun nak cerita sebenarnya just nak cerita cik tembam pergi melepak dekat kedai barangan elektrik. erk, apa halnya cik tembam pergi melepak sana, bosan sangat kut. mhihihi

sebenarnya cik tembam teman mak lang pergi beli kipas baru dekat kedai tue. so, sementara mak lang pilih-pilih kipas yang berkenan cik tembam dengan adik cik tembam pun berjalan dalam kedai yang tak berapa nak besar tu. tiba-tiba *ihik, perkataan nak over je kau* ternampak spectacle 3D atas meja. HAHA

then

HAHA, nampak tak muka cik tembam bersuka ria dengan benda tue sambil layan cerita. wohohoho. banyak dah orang tau pasal bendalah 3D nie. so, tak payah la kut cik tembam nak bercerita pasal benda tue. ngee kan? nanti dah ada hubby nak suruh dia beli tv LG lah boleh melayan cerita 3D malam2! aww! okbai!

p/s : ini cerita saya
Uploaded with ImageShack.us

Monday, March 5, 2012

ribena


errr, baby damia,
awat mata kamu besar sangat. macam guli ! mhihi ikut mata abah ke ikut mama ? rambut kamu pong rapat-rapat. mesti lebat kann! tak sabaq nak tunggu kamu besar sikit. sekarang mak ngah tak berani nak dukung kamu sebab kamu sangat lembut. nanti dah besar sikit kita pergi jalan-jalan yee :) mhihihihi


baby, saya tak tau nama kamu. tapi saya suka dukung kamu. kamu suka senyum. tengok tu gambar pun nak lari. buas la kamu niee. tp, kamu berat. badan sedapp! mhihihi muka kamu pong bulat ! :) saya suka sebab kamu tak meragam. sapa amik pong kamu tak kisah. kamu senyum saja. i heart youu ! both baby ! :)

p/s : ini cerita saya Uploaded with ImageShack.us

Saturday, March 3, 2012

dua tahun sekejap cuma

assalamualaikum~~

lama dah cik tembam tak menjenguk blog nie. dah bersawang dah. lately malas nak hupdate apa-apa sebab perasaan tak menentu. ehh? isnin nie tamat lah semua aktiviti harian makan tido makan tido dekat rumah. sebab cik tembam dah nak sambung study. cant wait to be student BM 222 this monday -_-" tolong doakan cik tembam ye. cik tembam still jadi warga arau lagi. *perlis sangat sayangkan cik tembam ihiks!*

pray the best for me eh. kawan semua dah jauh. kawan cik tembam ramai dapat Kelantan. kami semua dah terpisah dah. maybe rezeki masing-masing lain negeri kann :) will miss all of you :')

to my baby boo hawa, please take care of your self. jangan banyak shopping sangat. jangan lupa kita dekat sini. sally comel tolong tengokkan hawa dekat sana eh. aku doakan ampa dua boleh cepat biasakan diri dekat sana dan berjaya bawak balik segulung ijazah :) *pesanan ibu-ibu*

to my en boypreng, jaga diri jaga hati. ingat semua pesanan owg. jangan makan DAGING, SEAFOOD dan ULAM-ULAMAN banyak sangat. nanti sakit susah. ingat owg dekat sini eh. hope berjaya bawak balik segulung ijazah jugak tauuu! :)) remember this eh, distance and time got nothing on us okayy! love you!

all my ex classmate and sesiapa saja yang mengenali diri ini cik tembam harap semua berjaya ye nanti :) duduk negeri orang bebaik. jangan lupa kenangan kita 3 tahun dekat arau dulu. harap 2 tahun nie dapat bagi kita semua kehidupan yang leih baik dari sebelum nie :) love and miss all of you! 2 tahun tue kejap je kan?! :D

p/s : ini cerita saya Uploaded with ImageShack.us

Monday, January 30, 2012

menantu tip top

assalamualaikum~~


WILL YOU MARRIAGE ME ?
nampak tak tajuk atas tu. mesti nampak kannn. cik tembam nak kongsi sikit lah camna nak jadi menantu yang disayangi mertua gitu~~ semua orang nak kawin kan, cik tembam pun teringin jugak nak kawin *okay miang. tak salah kan ada niat untuk kawin. kawin kan perkara baik, nak bina masjid la katakann. kalau dah kawin tu mesti la ada mertua. jangan ingat kawin ja tapi kena ingat jugak, bila kita kawin dengan suami kita, kita kena kawin dengan family dia jugak kann :)

okay, takmau panjang2 cerita. pada pendapat cik tembam lah kann

bila dah kawin kena la selalu jaga hati family belah mertua. jangan sebelum kawin baik macam alahaii kau lah menantu yang dicari selama nie tapi, bila lepas kawin jadi hantu. no no no. kalau duduk jauh contoh macam negeri lain tak kisah la, kalau dapat cuti balik la sekali sekala belah mertua. jangan berlagak sombong. kalau ada majlis kenduri ke datang lah jangan buat tak tahu.

mertua lagi sayang kalau menantu tu rajin. kalau ada majlis datang lah tolong angkat khemah ke, kacau rempah ke untuk persiapan majlis tu. mertua mesti bangga kalau ada orang cakap. "rajinnya menantu sipolan-sipolan" kembang kempis la hidung mertua kita. aww aww

lagi satu, bila dah ada anak/baby. jangan lah kedekut sangat. bagi la orang pegang sikit. hihi tak luka aih kalau orang pegang pun. kesian kat atok/maktok. teringin jugak nak jumpa cucu-cucu mereka. tak salah kan bagi depa jumpak cucu cicit depa. darah daging depa jugakkan..

mertua jugak suka dengan menantu yang pandai jaga maruah keluarga. pandai jaga anak bini/laki. mertua mesti nak anak depa hidup bahagia kann. makan pakai terjaga, ada tempat berteduh yang selesa. kan? sapa tak nak semua tuuu :)

okay lah, entry nie saja a macam note to myself jugak lah kann. manatau suatu hari nanti cik tembam pun akan ada mertua dan anak jugak. mesti nak jadik menantu tip top dan sekaligus disayangi oleh suami terchenta. cewahhh.

p/s : ini cerita saya Uploaded with ImageShack.us

Sunday, January 29, 2012

cukur jambul

assalamualaikum~~

cukur jambul nie dalam pandangan cik tembam adalah untuk meraikan kelahiran orang baru dalam keluarga. kira macam first time lah baby tu rasa kena potong rambut. hihi. setiap orang Islam mesti penah rasa cukur jambul kn? so, tanak cerita panjang lah.

entry terakhir cik tembam ada cakap pasal baby baru kan. so, hari nie nak cakap yang baby damia tu dah botak okay. cute bila baby damia jadik botak. jumaat haritu dia dah dibotakkan dan disunatkan sekali gus. hari nie just buat kenduri je kat rumah maksu. cik tembam tak sempat nak snap gambar time buat persiapan kenduri. kalau perempuan sekor kambing kan. jadi tadi sekor kambing telah ditumbangkan.

okay, ada dua tiga keping je gambar damia yang sempat amik sebelum dia meragam.

ini gambar hari jumaat lepas. tengah tengok tv pulak. mata stim je haa
muka tahan berak :p


bulat tak mata saya? aww aww
penat bergambar damia pun tido. atototo omeynyaa! *okay gedik -_-"

sampai sini saja entry cik tembam sebab mata agak mengantuk. biasalah bangun awal. bhihi sorry sebab entry agak lintang pukang. ok bai~~

p/s : ini cerita saya
Uploaded with ImageShack.us

Saturday, January 14, 2012

new person

assalamualaikum :)

09012012
welcome to world.
NUR DAMIA IMANINA

p/s : ini cerita saya
Uploaded with ImageShack.us

Monday, January 2, 2012

welcome 2012 !

assalamualaikum :)

ini first entry sempena tahun baru. tak terlambat lagi kan kalau cik tembam nak cakap selamat tahun baru kepada semua :) harap tahun 2011 adalah tahun yang meninggalkan banyak kenangan kepada kita dan ciptalah kenangan baru di tahun 2012. *ayat aku mintak kaki*


permulaan tahun baru cik tembam tak berapa nak happy. nak tau sebabnya? lappy cik tembam officially have a serious illnesses. okay, bahasa mudahnya rosak! bila dapat tau laptop rosak terus kepala putar-putar pikir pasal duit. tak lain tak bukan kena beli laptop baru la. tp mana mau cari fulus. kalau ada kerja boleh la jugak cover sikit-sikit.

okay, dah la luah sikit-sikit. tujuan asal nak ucap selamat tahun baru ja. lari tajuk terus. sorry ye :)  hope this year (2012) fill with more happiness and memorable things yeahh?

p/s : ini cerita saya Uploaded with ImageShack.us