Friday, February 14, 2014

engagement sepupu

Assalamualaikum..

erm, bertunang nie apa ye. semua orang tau kan, bertunang tu menandakan pihak lelaki dan perempuan tu telah bersetuju untuk berkahwin dan bertunang itu dilakukan untuk menunjukkan bahawa perempuan atau lelaki itu adalah hak orang lain. tempoh bertunang tu juga adalah tempoh perkenalan bagi pasangan tersebut. orang tetua cakap tempoh bertunang nie la banyak dugaannya. apa yang aku tau haram bagi seorang perempuan atau lelaki mengganggu tunangan orang dan haram jugak bagi lelaki atau perempuan yang dah bertunang itu menjalin hubungan dengan orang lain sebelum tanda ikatan pertunangan itu diputuskan mengikut adat. erm, panjangnya huraian. correct me if im wrong :)

okay, panjangnya pendahuluan haha. Sabtu lalu (08.02.2014) telah berlangsung majlis pertunangan sepupu (anak maksu) aku dengan pasangannya. majlis simple ja. jemput orang-orang kampung dengan saudara mara ja. then ada buat makan-makan sikit untuk orang yang hadir. atucara majlis simple ja, lepas semua dah tetap mas kawin, hantaran dan tarikh nikah majlis pun habislah. haha pastu ada la sesi sarung cincin then snap-snap gambar. buat apa sewa pelamin bagai kalau tak amik gambar puas-puas kan. haaa, ini ada la sikit gambar tak official yang aku nak kongsi. gambar official tak siap lagi. 

me with imanina nakai

with her mom
me with my beautiful cousin, Ayu



Ayu with her fiance
Insha Allah mereka akan disatukan pada hujung tahun nie. harap hubungan mereka berkekalan lah. Amin. okay, setakat nie jelah entry kali nie. jumpa lagi next post! 
Uploaded with ImageShack.us

Monday, February 3, 2014

nikah kawin

assalamualaikum w.b.t

Ya Allah lama gila tak update belog nie. almost one year kut. padahal takda la busy sangat pun. insha Allah lepas nie kalau aku ada story molly aku update okay. tapi takda la active macam blogger lain. okay kali nie aku nak cita pasal kawin mawin!! wahh, nampak miang tajuk tuu. kihkih

cuti-cuti nie biasala ramai yang nak menamatkan zaman bujung termasuk lah kawan-kawan aku. sedar tak sedar umur bakal mencecah 24 tahun dah tahun nie. takpa im still young! dua hari lepas (01.02.2014) kawan sekolah menengah aku dah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya dari bukit mertajam yang bekerja sebagai seorang guru di Sarawak (macam karangan bahasa melayu pulak).

tahniah kawan! harap bahagia sampai ke syurga. 




macam best je tengok orang kawin. bila la aku pulak nak merasa kawin. HAHA okay enough verangan hanim. doakan aku murah rezeki nahh. boleh kawin awal :p 

Uploaded with ImageShack.us