Monday, January 30, 2012

menantu tip top

assalamualaikum~~


WILL YOU MARRIAGE ME ?
nampak tak tajuk atas tu. mesti nampak kannn. cik tembam nak kongsi sikit lah camna nak jadi menantu yang disayangi mertua gitu~~ semua orang nak kawin kan, cik tembam pun teringin jugak nak kawin *okay miang. tak salah kan ada niat untuk kawin. kawin kan perkara baik, nak bina masjid la katakann. kalau dah kawin tu mesti la ada mertua. jangan ingat kawin ja tapi kena ingat jugak, bila kita kawin dengan suami kita, kita kena kawin dengan family dia jugak kann :)

okay, takmau panjang2 cerita. pada pendapat cik tembam lah kann

bila dah kawin kena la selalu jaga hati family belah mertua. jangan sebelum kawin baik macam alahaii kau lah menantu yang dicari selama nie tapi, bila lepas kawin jadi hantu. no no no. kalau duduk jauh contoh macam negeri lain tak kisah la, kalau dapat cuti balik la sekali sekala belah mertua. jangan berlagak sombong. kalau ada majlis kenduri ke datang lah jangan buat tak tahu.

mertua lagi sayang kalau menantu tu rajin. kalau ada majlis datang lah tolong angkat khemah ke, kacau rempah ke untuk persiapan majlis tu. mertua mesti bangga kalau ada orang cakap. "rajinnya menantu sipolan-sipolan" kembang kempis la hidung mertua kita. aww aww

lagi satu, bila dah ada anak/baby. jangan lah kedekut sangat. bagi la orang pegang sikit. hihi tak luka aih kalau orang pegang pun. kesian kat atok/maktok. teringin jugak nak jumpa cucu-cucu mereka. tak salah kan bagi depa jumpak cucu cicit depa. darah daging depa jugakkan..

mertua jugak suka dengan menantu yang pandai jaga maruah keluarga. pandai jaga anak bini/laki. mertua mesti nak anak depa hidup bahagia kann. makan pakai terjaga, ada tempat berteduh yang selesa. kan? sapa tak nak semua tuuu :)

okay lah, entry nie saja a macam note to myself jugak lah kann. manatau suatu hari nanti cik tembam pun akan ada mertua dan anak jugak. mesti nak jadik menantu tip top dan sekaligus disayangi oleh suami terchenta. cewahhh.

p/s : ini cerita saya Uploaded with ImageShack.us

Sunday, January 29, 2012

cukur jambul

assalamualaikum~~

cukur jambul nie dalam pandangan cik tembam adalah untuk meraikan kelahiran orang baru dalam keluarga. kira macam first time lah baby tu rasa kena potong rambut. hihi. setiap orang Islam mesti penah rasa cukur jambul kn? so, tanak cerita panjang lah.

entry terakhir cik tembam ada cakap pasal baby baru kan. so, hari nie nak cakap yang baby damia tu dah botak okay. cute bila baby damia jadik botak. jumaat haritu dia dah dibotakkan dan disunatkan sekali gus. hari nie just buat kenduri je kat rumah maksu. cik tembam tak sempat nak snap gambar time buat persiapan kenduri. kalau perempuan sekor kambing kan. jadi tadi sekor kambing telah ditumbangkan.

okay, ada dua tiga keping je gambar damia yang sempat amik sebelum dia meragam.

ini gambar hari jumaat lepas. tengah tengok tv pulak. mata stim je haa
muka tahan berak :p


bulat tak mata saya? aww aww
penat bergambar damia pun tido. atototo omeynyaa! *okay gedik -_-"

sampai sini saja entry cik tembam sebab mata agak mengantuk. biasalah bangun awal. bhihi sorry sebab entry agak lintang pukang. ok bai~~

p/s : ini cerita saya
Uploaded with ImageShack.us

Saturday, January 14, 2012

new person

assalamualaikum :)

09012012
welcome to world.
NUR DAMIA IMANINA

p/s : ini cerita saya
Uploaded with ImageShack.us

Monday, January 2, 2012

welcome 2012 !

assalamualaikum :)

ini first entry sempena tahun baru. tak terlambat lagi kan kalau cik tembam nak cakap selamat tahun baru kepada semua :) harap tahun 2011 adalah tahun yang meninggalkan banyak kenangan kepada kita dan ciptalah kenangan baru di tahun 2012. *ayat aku mintak kaki*


permulaan tahun baru cik tembam tak berapa nak happy. nak tau sebabnya? lappy cik tembam officially have a serious illnesses. okay, bahasa mudahnya rosak! bila dapat tau laptop rosak terus kepala putar-putar pikir pasal duit. tak lain tak bukan kena beli laptop baru la. tp mana mau cari fulus. kalau ada kerja boleh la jugak cover sikit-sikit.

okay, dah la luah sikit-sikit. tujuan asal nak ucap selamat tahun baru ja. lari tajuk terus. sorry ye :)  hope this year (2012) fill with more happiness and memorable things yeahh?

p/s : ini cerita saya Uploaded with ImageShack.us