Friday, December 30, 2011

wishlist 2012

assalamualaikum :)

okay, lagi sehari kita akan melangkah ke tahun baru. cik tembam pun teringin nak buat entry angan-angan tahun depan. boleh lagu tu? semua orang ada azam sendiri yang nak dicapai kan? kalau tak capai tahun nie, tahun depan boleh sambung kan? begitu lah seterusnya sampai azam tu tercapai. *kalau tercapai lah kan* dah la melalut tu. entry nie cik tembam nak senaraikan apa yang teringin di hati nie.. insya Allah kalau diizinkan olehNya tercapai lah azam nie :)

1. chubby -----> kurus
keterlaluan tak kalau azam yang pertama nak kurus. HAHA lama dah teringin badan yang hot-hot macam orang korea tapi tak ter'kurus' pun lagi. kalau dapat turun 5,6 kilo pn dah bersyukur. kalau dapat sampai 10 kilo lagi bersyukur. *nak demand lebih je kau* boleh kut sampai kalau ada usaha kan?

2. cekap bawak kereta
lama dah teringin nak bawak kenderaan yang berbumbung dan bertayar empat nie. tapi masih bertatih. boleh bawak tapi kurang keyakinan diri. *ayat tak nak kalah* sekarag cik tembam berlatih dengan ayah ja. lesen tu dah dua tahun ada, tapi menggunakan kemampuan lesen tu tak penah sekali pun lagi. :)

3. jangan boros
sekarang cik tembam pantang tengok benda-benda yang comel, dan kiut miut. mula la juling mata pastu gatai tangan pergi bank keluarkan duit. taktau dah kat bank tu tinggal banyak mana, asyik keluarkan ja. tambahan pula cik tembam sekarang suka online shopping. *maaf ye en.boypreng. saya men'order' lagi selepasa anda melarang saya berbuat demikian* so, harap tahun depan jangan lah BOROS ye wahai cik tembam :)

4. study
insya Allah kalau ada rezeki, awal bulan 3 cik tembam sambung degree. kalau dapat sambung nak belajar sunguh-sungguh. dengaq cita degree lagi lagi lagi susahhh dari diploma. kalau cik tembam tak dapat sambung maybe cik tembam nak cari keja terus lah. :)

5. ubah penampilan
ececeh, nak ubah penampilan. HAHA. cik tembam maybe nak belajar pakai shawl. lalalala kalau boleh la kannn. belom try belom tau. pastu nak belajar pakai dress. hihi. tapi takda dalam almari pun lagi dress camtu. nanti baru nak shopping. HAHA *eh, tadi cakap tanak boros* ini azam untuk setahun. boleh kut capai.

cukup la tu lima. takut tak tercapai pulak nanti. doakan ye cik tembam dapat capai semua tu dalam masa setahun. amin. okay, babai.

p/s : ini cerita saya Uploaded with ImageShack.us

Sunday, December 25, 2011

ipoh part 2

assalamualaikum :)

hye, hello hello. hari nie cik tembam nak sambung entry yang lepas. jalan-jalan di ipoh part 2 @ final part. hihi cik tembam tak jalan banyak pun masa pi sana just dua tempat je. yang first gunung lang and CAMERON HIGHLAND okayyy! hihi eh, apasal dok perak tetiba sampai pahang pulak? dekat je sejam lebih sampai lah pahang. sebenarnya sangat excited sebab cik tembam tak penah sampai pahang lagi. bila pakcik ajak terus setuju. hehe


here i come cameron highland! hehe. actually gambar nie di"edit" sikit lah oleh cik tembam. nampak macam terover la pulak. tapi takpa lah, better than nothing right? ini pemandangan dari kebun kobis atau sebenarnya dari tepi jalan. 

okay, ini pulak dengan sepupu cik tembam yang paling kecik sekali! baru 5 tahun tauu :) gambar nie berlatar belakang jalan kebun kobis tadi. hihi

okay, camera banyak. sila fokus pada yang satu. hihi 

okay, ini sangat frust. memang tak sah la kan kalau kita pi cameron highland tapi tak merasa buah strawberi. okay, cik tembam sangat kecewa pasal strawberi. i even cant taste and pick the strawberry. at first memang banyak tempat yang jual, tapi biasalah berlagak nak petik sendiri. last-last hampeh. pi semua tempat alasan yang sama je dapat. strawberi habis dik, kalau yang ada pun still muda lagi. okayy sangat kecewa okayyy! huhu okay, tak dapat petik satu hal, merasa pun tak boleh. SOLD OUT okayyy! huhu serius rasa macam tak bermakna pi sana tak makan strawberi *ayat nak kecewa* hihi (en. boypren nanti bawak kita pi sana nak petik strawberii hihi)



tak dapat petik, bergambar pun jadi lah kannn :) untung jugak dapat tengok rupa camerom highland tu lagu mana. hihi thanks to my pakcik and makcik sebab bawak cik tembam pegi sana. seriously best. walaupun sampai pakcik pun pening bawak kereta tapi dia still nak bawak kami. hehe thank you very much! 

nie la antara barang-barang yang sempat cik tembam beli untuk bawak balik ke perlis. HAHA banyak tak? tapi semua nie di sponsor oleh my pakcik lagi. ada satu dua barang ja cik tembam beli sendirik. ngee save budget gituu. hope nanti dapat pi lagi la sana sebab kempunan tak dapat kutip strawberi tu. ehem ehem, awat gambaq cik tembam je banyak? hee sebenarnya cik tembam ja yang tergedik-gedik nak ambik gambar. yang lain semua malu. tapi apa aku kesah kannn. okay papai :) xoxoxo

p/s : ini cerita saya
Uploaded with ImageShack.us

Thursday, December 22, 2011

ipoh part 1

assalamualaikum :)

entry nie cik tembam nak cita pasal percutian cik tembam ke ipoh selama 5 hari 4 malam. lama tak? hehe
kenapa cik tembam buat part 1?
saja ja sebab cik tembam rasa hampa semua takmau baca entry yang berjela kan?
bukan apa, maybe cik tembam nak tempek gambaq banyak kut hehe, biasalah excited :) *senyum sampai telinga*
sebenarnya cik tembam pi ipoh bukan nak bercuti or release tension
no no no, cik tembam pi hantaq sepupu okay. tapi, macam orang selalu cakapkannn 'sambil menyelam minum air' hihi
so, tanpa mensia-siakan perjalanan 6 jam di atas bas untuk sampai ke ipoh.
cik tembam pun memanfaatkan waktu-waktu disana

hari ke2 pakcik cik tembam bawak cik tembam dan ayu jalan-jalan dekat gunung lang. actually kat bukit tu ada air terjun, tp air terjun buatan orang. so, dia bukak selang sejam selama dua jam. paham tak? kira sejam tutup dua jam bukak lah. hehe time cik tembam snap gambar nie, air terjun tu dah tutup pulak.

masok-masok entrance terus nampak tasik yang luas. jenguk sikit dalam tasik tu banyak gila ikan. serius besar gedabak! apa lagi pergi kaunter, beli makanan ikan terus baling dalam tasik tu. hehe sebab tu ikan terkam. haha yang kat atas tu ikan keli ja. ikan lain ada lagi tapi ikan tu tak mai kat kami sob sob 

lepas puas bagi makan ikan, makcik tanya pulak 'nak naik bot tak? kita pegi dekat sana ambik gambar.' angguk kepala laju-laju. hihi pakcik pun membelanja kami. adult RM3 per person, children RM1.50 per person. cewah, bagi tau kadar harga lagi hehe

with my cousin-cousin. dari kiri fiqah, me and ayu

aiman, faris and my makcik :)

pemandangan dari atas menara, seriously cantik :)


kat sini jugak ada binatang-binatang macam burung merak, ayam turkey, burung unta, ular. rumah-rumah tradisional pun ada kat sini. boleh masok kalau nak rasa macam duduk kat rumah dulu-dulu. hehe tapi tak sempat pulak nak snap gambar sebab masing-masing sibuk nak balik sebab keadaan cuaca tak mengizinkan. setakat nie dulu entry cik tembam ye. nanti cik tembam cerita lagi mana cik tembam pi. bye! 

p/s : ini cerita saya
Uploaded with ImageShack.us

Thursday, December 15, 2011

dermarian memory

assalamualaikum :)

just a quick update
i miss my time in secondary school
miss my nerd, selekeh, sememeh face hhihi
kawan kat sekolah jugak lah kawan kat hostel *tak berkembang langsung*
tapi, they are the best friend ever okeyhh ;)
biarlah gambar bercakap, cik tembam malaih nak mengolah hari nie :)







picture last nie time lowest six
hehe, lepaih tu dah tak jejak lagi kat sekolah tuu
missing all of youuuuu :')
dapat agak tak cik tembam yang mana satu hihi 
HAHA, gambar-gambar exclusive kat blog je tau cik tembam letak kuikuikui
*kau bajet kau retis* takda lahh. sebenarnya malu+segan nak letak tapi bantai jelah
gambaq besaq gedabaq pulak cik tembam letak, nampak segala kecacatan itu 
tapikannnnn, apa kau kesah ini belog aku okeyhhh? hihi

p/s : ini cerita saya

Uploaded with ImageShack.us