Sunday, April 29, 2012

love



this song special to you AKMAL ASYRAF for our 3rd anniversary. thanks for being part of my life.

assalamualaikum :)

genap tiga tahun sudah kita kenal kan. susah, senang, gembira, sedih segala macam perasaan kita dah lalui. harap dalam tempoh tiga tahun nie saya boleh memahami awak macam mana awak memahami saya, saya boleh jaga awak macam awak jaga saya, saya boleh buat awak gembira macam awak gembirakan saya dan segala macam benda lagi yang awak dah kongsi dengan saya. harap saya dapat buat benda yang sama juga untuk awak.

tempoh itu jugak macam-2 benda dah jadi dekat kita. dulu kita dekat, saya boleh kongsi ketawa, air mata dengan awak. tapi sekarang walaupun kita dah jauh kita still boleh buat benda yang sama kan. jam, jarak semua tu nombor je kan :)

saya harap hubungan nie kekal sampai bertahun-2 lamanya. mungkin sampai ke anak cucu *insya allah. saya nak cakap terima kasih dekat awak sebab awak terima saya jadi sebahagian dari hidup awak. terima kasih jugak bagi saya gembira dengan awak. rindu, sayang semua saya belajar dari awak. thanks for everything. and sorry jugak if sometimes i annoyed you *erk, speaking terabur.

Uploaded with ImageShack.us

Monday, April 2, 2012

jangan pandang-pandang

Assalamualaikum :)
tadi aku pergi Jitra layan wayang kejap. movie tu kira sesuatu entertainment yang diperlukan dalam hidup kan. nak hilangkan stress dan bebanan kerja sebagai seorang pelajar rasanya tak salah. ok dah membebel.

sinopsis
Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekad mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha kata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob.Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut.
okay sinopsis tak habis sila google ye. aku dah tengok cerita nie so aku bagi 4.5 bintang. serius lawak. biasalah ada zizan raja lawak. ada elemen hantu yang diserap sikit dalam filem nie. tapi hantu tak seram pun. filem nie sesuai lah untuk semua lapisan. cuma baby-baby jangan lah bawak pergi tengok. mengigau karang baby tu :)
Uploaded with ImageShack.us