Monday, April 2, 2012

jangan pandang-pandang

Assalamualaikum :)
tadi aku pergi Jitra layan wayang kejap. movie tu kira sesuatu entertainment yang diperlukan dalam hidup kan. nak hilangkan stress dan bebanan kerja sebagai seorang pelajar rasanya tak salah. ok dah membebel.

sinopsis
Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekad mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha kata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob.Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut.
okay sinopsis tak habis sila google ye. aku dah tengok cerita nie so aku bagi 4.5 bintang. serius lawak. biasalah ada zizan raja lawak. ada elemen hantu yang diserap sikit dalam filem nie. tapi hantu tak seram pun. filem nie sesuai lah untuk semua lapisan. cuma baby-baby jangan lah bawak pergi tengok. mengigau karang baby tu :)
Uploaded with ImageShack.us

No comments:

Post a Comment